Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Fara Salleh rayu kucing kesayangan dipulangkan

    Perkongsian wanita yang pernah dikaitkan dengan pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh yang memuat naik video memaparkan dirinya sedang menangis mendapat perhatian ramai.

    Fara memaklumkan kucing kesayangan berbaka Mainconne hilang sejak dua hari lalu di sekitar Segamat, Johor dan merayu agar ia dipulangkan kepadanya.

    “Sesiapa yang duduk di kawasan Lubuk Batu Segamat, kalau ternampak atau pun terambil kucing saya, sila pulangkan semula. Sudah dua hari dia tidak balik,” katanya dalam linangan air mata.

    Video berkenaan dimuat naik Fara menerusi Instagram miliknya pada Jumaat. Dalam pada itu, Fara sedia memberi ganjaran berbentuk wang tunai kepada individu yang berjaya menemui kucing kesayangannya itu.

    Kata Fara, dia tidak pernah rasa kehilangan seperti ini sehingga jatuh sakit selama dua hari akibat merindukan kucingnya. “Saya merayu untuk orang baik jujur pulangkan kucing saya. Kalau anda minta bayaran Insya Allah saya akan usahakan bayaran untuk yang memiliki kucing saya.

    Fara Salleh merayu agar kucingnya (kanan) dipulangkan semula. – Agensi

    “Saya cuma nak dia balik je. Saya tak pernah sesakit ini, dah dua hari saya sakit terbaring keadaan saya teruk. Pulangkanlah saya merayu sangat,” katanya lagi. Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet bersimpati kepadanya selain memberikan beberapa tip agar kucingnya segera ditemui semula.

    “Macam mana boleh hilang? Fara lepas dekat luar ke?

    “Saya pun pernah hilang kucing siap buat solat hajat. Saya faham rasa sedih itu,” antara komen warganet.

    Bagaimanapun, terdapat dakwaan mendakwa kucing tersebut telah diambil dan dijual di laman Facebook.

    Terdahulu, nama Fara Salleh pernah menjadi bualan hangat warganet apabila dikatakan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Shuk dan isterinya Rossa Sera sekitar dua tahun lalu. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...