Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Fasha Sandha dikecam peminat

    Perkongsian foto mengenakan kostum watak sebagai Maleficent mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan peminat pelakon Fasha Sandha.

    Tidak hanya Fasha, tiga anaknya iaitu Putra Rayfal, Putri Raysa Jemaima dan Aisha Amaira turut mengenakan kostum dipercayai ketika menghadiri parti di kawasan kejiranan mereka.

    Rata-rata berpendapat aktres terkenal itu menghadiri parti Halloween berdasarkan kostum dikenakan. Ramai menyatakan Fasha tidak sepatutnya meraikan perayaan tersebut memandangkan ia dilarang dalam ajaran agama Islam.

    “Haram tetap haram. Kita tidak boleh sambut dan meraikan. Orang tegur kerana peduli dan ambil berat.

    “Daripada segi penampilan memang nampak sambutan Halloween. Islam tidak mengajar kita menyerupai bentuk syaitan,” antara komen warganet.

    Fasha Sandha kena kecam pakai kostum Maleficent. – Agensi

    Menjelaskan perkara itu, Fasha, 38, berkata, dia mengenakan kostum berkenaan sekadar suka-suka bagi memenuhi tema majlis yang diadakan.

    “Hari pakaian beragam dan karakter di ‘Kejirananku Bukan Kejirananmu. Just for fun,” tulisnya pada kapsyen gambar berkenaan di Instagram.

    Dalam pada itu, ada juga dalam kalangan pengikutnya memuji penampilan Fasha yang disifatkan menarik dan bersesuaian dengannya.

    “Wow cantik! Solekan Maleficent sangat on point.

    “Tak baik sambut Halloween, tapi comel pula mereka dengan kostum itu,” komen warganet lagi.

    Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Fasha menyambut perayaan Halloween ataupun sekadar mengenakan pakaian tersebut sebagai tema di sebuah acara majlis. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...