Monday, May 6, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Fauci tamat perkhidmatan pakar kesihatan AS

    WASHINGTON, 23 OGOS – Pakar penyakit berjangkit terkemuka Amerika Syarikat (AS), Anthony Fauci (gambar AP), yang menjadi wajah perjuangan AS menentang COVID, kelmarin mengumumkan dia akan menamatkan perkhidmatan kerajaan pada Disember depan selepas lebih 50 tahun berkhidmat. Fauci juga akan meletakkan jawatan sebagai penasihat kepada Presiden Joe Biden.

    Semasa wabak COVID melanda dunia, Fauci menjadi pakar yang paling dipercayai di AS mengenai virus tersebut, namun pertelingkahannya bersama bekas presiden Donald Trump mengenai tindak balas terhadap virus itu telah menimbulkan kemarahan dari pentadbiran Tuan Trump. Fauci kini menerima perkhidmatan perlindungan keselamatan berikutan ancaman kematian terhadap keluarganya.

    Fauci, 81, telah berkhidmat di bawah tujuh presiden sejak pentadbiran Ronald Reagan, berkata dalam satu kenyataan dia akan meninggalkan kedua-dua jawatannya sebagai pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NIAID), dan jawatan ketua penasihat perubatan kepada Biden.

    “Saya mahu memanfaatkan ilmu yang saya pelajari sebagai pengarah NIAID untuk terus memajukan ilmu sains dan kesihatan awam serta memberi inspirasi dan menjadi tenaga pengajar kepada generasi saintifik akan datang di saat mereka membantu mempersiapkan dunia untuk berdepan ancaman penyakit berjangkit pada masa depan,” kata Fauci dalam satu kenyataan. – AFP/Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemberontak Kashmir disyaki bunuh koperal tentera udara India

    SRINAGAR, 5 MEI - Seorang anggota tentera udara India terbunuh dan empat lagi cedera apabila pemberontak disyaki menyerang hendap konvoi tentera di Kashmir yang...