Sunday, May 19, 2024
23.4 C
Brunei

    -

    Yayasan bariga PIP di seluruh negara

    Oleh Daniel Lim – 

    BELAIT, 5 MEI – Bagi membarigakan mengenai Program Intervensi Pendidikan (PIP), Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) telah menganjurkan taklimat mengenainya di seluruh negara, hari ini.

    Di Daerah Belait, taklimat diadakan di beberapa buah pusat PIP termasuk Maktab Anthony Abell dan Sekolah Menengah Perdana Wazir yang turut dihadiri oleh penuntut dan ditemani oleh ibu bapa serta penjaga.

    Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Awang Abdul Malik Al-Amin bin Janaji dan disusuli dengan taklimat mengenai PIP yang disampaikan oleh penyelia PIP di Daerah Belait, Dayang Siti Norlina binti Awang Damit.

    Semasa taklimat, beliau memperincikan mengenai PIP termasuk matlamat program dalam membentuk komuniti yang lebih berpendidikan dan rangkaian kolaboratif yang kompetitif dan bermotivasi tinggi dengan harapan meningkatkan taraf hidup mereka.

    Topik-topik lain yang dibincangkan termasuk Projek Kelas Tuisyen, Tahsin Al-Quran dan projek kelas kecil, dan Program Kem Motivasi yang diadakan sebagai sebahagian daripada PIP.

    Dayang Siti Norlina menyampaikan taklimat di Daerah Belait. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Antara yang hadir mendengarkan taklimat di Daerah Belait, kelmarin. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...