Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Frankfurt tunjuk Barca pintu keluar di Liga Europa

    BARCELONA, 15 APRIL – Barcelona disingkirkan daripada Liga Europa kelmarin ketika Eintracht Frankfurt melakar kemenangan mengejutkan 3-2 di Camp Nou untuk mara ke separuh akhir.

    Selepas perlawanan pertama berakhir dengan keputusan seri 1-1 di Jerman minggu lalu, Barca menjadi pasukan pilihan utama untuk menang di tempat sendiri menentang pasukan yang menduduki tempat kesembilan di Bundesliga.

    Tetapi Frankfurt, membalas usaha 20,000 penyokongnya yang turut ke gelanggang lawan dengan mengatasi gergasi Catalan. Filip Kostic menjaringkan dua gol, yang pertama hasil sepakan penalti, dan jaringan menakjubkan Rafael Santos Borre memberikan kelebihan buat pasukan.

    Sergio Busquets berjaya meraih satu gol untuk Barcelona pada minit ke-91 dan kemudian Memphis Depay menjaringkan gol penalti pada minit ke-11 masa kecederaan ketika tuan rumah cuba menyerang balas.

    Tetapi ia sudah terlambat buat Barcelona kerana Frankfurt mengesahkan kemenangan dengan agregat 4-3.

    Aksi Kristijan Jakic dari Frankfurt dengan Eric Garcia dari Barcelona semasa bersaing merebut bola semasa perlawanan kedua suku akhir Liga Europa di Stadium Nou. – AFP

    Mereka akan menentang West Ham dalam perlawanan kelompok empat terakhir selepas pasukan Liga Perdana itu berjaya mengatasi Lyon.

    “Ia adalah pukulan yang hebat untuk kami. Mereka berhak untuk mara,” kata jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez, yang juga tidak berpuas hati dengan jumlah penyokong di tempat lawan di dalam stadium tersebut.

    “Jelas sekali ia tidak membantu kami,” tambah Xavi. “Ia seperti perlawanan akhir, penyokong dipecahkan sama rata. Kelab sedang menyemak apa yang berlaku tetapi ia adalah kesilapan di pihak kami sendiri.”

    Barcelona tidak pernah tewas sejak Disember dalam semua pertandingan dan melonjak ke tangga kedua La Liga selepas membelasah Real Madrid 4-0 di Santiago Bernabeu kurang sebulan yang lalu.

    Dengan keputusan tersebut bermakna Barca sepatutnya tidak lagi memerlukan Liga Europa untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan, ini adalah peluang yang baik untuk Xavi menambah trofi yang mengagumkan selepas beberapa bulan pertama sebagai jurulatih pasukan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...