Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    JBP giat bersihkan tanah perkuburan

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan JBP

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 APRIL – Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat telah giat mengadakan kempen membersihkan tanah perkuburan serta membaca tahlil dan Doa Arwah.

    Kelmarin, Cawangan Operasi D dan Cawangan Operasi G telah mengadakan majlis seumpamanya secara berasingan, masing-masing di Tanah Perkuburan Orang-orang Islam Kampung Belimbing, Subok dan Tanah Perkuburan Orang-orang Islam Kampung Semamang, Daerah Temburong

    Cawangan Operasi D juga telah mengadakan majlis membaca tahlil dan doa arwah bagi Allahyarham ASO Haji Wasali bin Haji Saban di Tanah Perkuburan Orang-orang Islam Kampung Belimbing.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JBP, di sini, hadir di tanah perkuburan berkenaan ialah Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi D, Penguasa Kanan Muhd Shahreeni bin Haji Muhd Yussof serta keanggotaan bomba Cawangan Operasi D.

    Manakala itu, hadir pada kempen di Tanah Perkuburan Orang-orang Islam Kampung Semamang ialah Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi G, SSFR Haji Afiq bin Haji Julah serta keanggotaan balai bomba Bangar dan Rataie.

    Keanggotaan bomba Cawangan Operasi D yang menyertai kempen membersihkan Tanah Perkuburan Orang-orang Islam Kampung Belimbing.
    Keanggotaan balai bomba Bangar dan Rataie turut membaca tahlil dan Doa Arwah di Tanah Perkuburan Orang-orang Islam Kampung Semamang.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...