Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Fulham dikejutkan pasukan bawahan

    LONDON, 24 OGOS – Fulham menanggung kekalahan memalukan dan tersingkir dari Piala Liga selepas pasukan Liga Perdana Inggeris itu tewas 2-0 di tangan Crawley dalam pusingan kedua, kelmarin.

    Pasukan Marco Silva berada di kedudukan 83 di atas pasukan Liga Dua, Crawley dan menewaskan Brentford 3-2 dalam pertemuan di Liga Perdana Inggeris, Sabtu lalu.

    Namun keputusan pengurus Fulham itu membuat 10 perubahan tidak membuahkan hasil semasa bermain di Stadium Broadfield di mana Crawley berjaya membuat kejutan untuk mara ke peringkat seterusnya.

    Bekas penyerang Fulham, Kevin Betsy, yang hanya mengambil satu mata daripada lima perlawanan pertama mereka sebagai pengurus Crawley, menjadi peneraju utama kemenangan besar mereka hasil jaringan daripada Tom Nichols dan pemain pinjaman dari Liverpool, James Balagizi.

    The Cottagers menyertai pasukan Norwich dan Leeds dalam senarai pasukan liga utama yang dimalukan dalam pertemuan menentang Crawley beberapa musim kebelakangan.

    Silva memberikan penampilan sulung untuk Issa Diop, Marlon Fossey dan pemain remaja berusia 17 tahun, Luke Harris, sementara Shane Duffy dan Kevin Mbabu membuat penampilan kesebelasan utama pertama.

    Tetapi Fulham ketinggalan seawal minit ke-16 apabila Nichols merampas hantaran Ashley Nadesan dan membuat percubaan menggunakan kaki kiri lalu menewaskan penjaga gawang Marek Rodak.

    Empat minit separuh masa kedua bersambung, pemain tengah Fulham, Tyrese Francois kehilangan bola di kawasan sendiri dan Balagizi menerima hantaran bola daripada Nichols untuk menyudahkannya ke gawang.

    “Dari minit pertama mereka bermain lebih baik daripada kami. Kami kehilangan penguasaan perlawanan dan mula melakukan beberapa kesilapan, mereka kemudian menjaringkan gol dan segalanya menjadi sukar buat kami,” kata Silva. – AFP

    Reaksi pengurus Fulham, Marco Silva memberi amaran kepada pemain. Fulham menanggung kekalahan memalukan selepas tersingkir dari Piala Liga di tangan Crawley. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...