Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Gandingan Bergson-Forestieri buat TFC gigit jari

    KUALA LUMPUR, 11 OGOS – Pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar kemenangan kelima berturut-turut untuk terus mengungguli saingan bagi merebut kejuaraan selepas mengatasi Terengganu FC (TFC) 2-1 dalam satu perlawanan sengit malam ini.

    Pada aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Nerus itu, dua penyerang import sensasi JDT Bergson da Silva dan Fernando Forestieri masing-masing mencetak nama sebagai penjaring sementara Muhammad Hakimi Abdullah meledak gol tunggal pasukan tuan rumah menerusi sepakan percuma.

    Da Silva memecah kebuntuan menerusi jaringan pada minit ke-31 selepas beliau membuat larian pantas untuk mengawal hantaran jauh rakan sepasukan dengan baik sebelum melepaskan rembatan padu dalam kotak penalti menewaskan Muhammad Rahadiazli Rahalim di gawang.

    JDT kemudian selesa mendahului 2-0 hasil penyudah Forestieri yang gagal diselamatkan Muhammad Rahadiazli pada minit ke-47, namun perlawanan bertambah rancak apabila TFC bangkit merapatkan kedudukan empat minit berselang menerusi sepakan percuma cantik Muhammad Hakimi.

    Namun, kedudukan 2-1 kekal berpihak skuad Harimau Selatan sehingga ke wisel penamat sekali gus mengutip tiga mata berharga untuk selesa di puncak liga mengumpul 38 mata selepas mengharungi 14 perlawanan, meninggalkan Sabah FC kedua (34 mata) dan Negeri Sembilan ketiga dengan 29 mata. – Bernama

    Pemain Terengganu FC, Mohamad Hakimi Abdullah (kanan) mengasak pemain JDT, Shane Thomas Lowry pada perlawanan Liga Super Malaysia 2022 di Stadum Sultan Mizan Zainal Abidin, baru-baru ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...