Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Gangguan bekalan air di Temburong

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JULAI – Gangguan sementara bekalan air akan berlaku di Kampung Paya Begangan, Daerah Temburong pada 26 Julai ini bermula 10 malam.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Jabatan Kerja Raya (JKR) menjelaskan bahawa gangguan bekalan air tersebut adalah disebabkan kerja-kerja penggantian perbekalan paip air yang bocor di over-crossing di Kampung Paya Begangan dan ia akan menjejaskan bekalan air sepanjang jalan Kampung Paya Begangan sehingga Kampung Buda-Buda.

    Bekalan air akan kembali seperti biasa setelah kerja-kerja penggantian siap dilaksanakan, walau bagaimanapun ia akan memerlukan masa untuk kembali pulih sepenuhnya.

    Sehubungan itu, bagi sebarang permohonan untuk pembekalan air tanker, orang ramai bolehlah menghubungi Talian Darussalam 123.

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...