Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Gejala demam tidak semestinya dijangkiti COVID

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MAC – Orang ramai diingatkan bahawa simptom demam dan selesema yang dialami seseorang tidak semestinya menandakan dijangkiti COVID kerana ia juga boleh dikategorikan sebagai flu.

    Sekiranya mendapati simptom-simptom berkenaan, walaupun selepas melakukan ujian ART mendapati keputusan negatif, maka mereka disarankan untuk tetap berada di rumah sekurang-kurangnya tiga hari. Ini bertujuan untuk mengawal dan mencegah simptom yang dihidapi daripada merebak kepada orang sekeliling.

    Perkara tersebut dijelaskan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa sidang media, hari ini.

    “Walaupun kita sibuk dengan COVID, perlu diingatkan juga akan penyakit lain seperti selesema yang masih ada di luar sana. Jadi, kalau kita merasa kurang sihat, walaupun bukan daripada jangkitan COVID, maka ia juga boleh menjangkiti orang lain,” jelasnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...