Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Walt Disney hentikan semua perniagaan di Rusia

    ANKARA, 11 MAC – Syarikat Walt Disney kelmarin mengumumkan semua aktiviti perniagaannya di Rusia akan dihentikan berikutan peperangan berterusan di Ukraine, lapor agensi Anadolu.

    Keputusan itu termasuk pelesenan terhadap kandungan dan produk, aktiviti Disney Cruise Line, majalah dan lawatan National Geographic, penerbitan kandungan tempatan dan penyampaian kandungan video melalui rangkaian siaran atau kabel, menurut Disney menerusi satu kenyataan.

    “Sesetengah daripada aktiviti perniagaan itu boleh dan akan kami hentikan serta-merta. Lain-lain – seperti penyampaian kandungan video dan beberapa kandungan serta pelesenan produk – akan mengambil masa disebabkan isu kontrak,” tambah kenyataan itu.

    Dalam pada itu, Disney berkata ia akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi pertubuhan bukan kerajaan untuk menyalurkan bantuan segera kepada pelarian.

    Pada 28 Februari, syarikat itu mengumumkan bahawa ia telah menghentikan sementara tayangan filemnya di Rusia. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...