Sunday, May 19, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Gempa: Penduduk takut pulang ke rumah

    MANILA, 26 OKT – Penduduk takut untuk pulang ke rumah masing-masing setelah gegaran susulan menggoncangkan utara Filipina hingga terputus bekalan elektrik hari ini, beberapa jam selepas gempa bumi kuat mencederakan kira-kira 26 orang dan merosakkan sekolah, gereja dan bangunan lain.

    Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud itu melanda bandar pergunungan Dolores di wilayah Abra lewat kelmarin, memutuskan bekalan elektrik di kebanyakan wilayah itu. 

    Banyak gempa susulan menggegarkan Abra sepanjang malam hingga pagi ini, kata pihak berkuasa.

    Pasukan penyelamat menarik keluar 10 penghuni dari bangunan yang rosak di Ilocos Norte, di mana 15 orang mengalami kecederaan, kata pihak berkuasa.

    Presiden Ferdinand Marcos Jr mengarahkan cuti sekolah untuk pihak berkuasa menilai kerosakan bangunan semasa bekalan elektrik sedang dipulihkan.

    Sebuah bangunan yang menempatkan galeri foto bapanya, Ferdinand Marcos Sr, di bandar Batac antara yang rosak.

    “Orang ramai meminta khemah kerana mereka takut untuk pulang ke rumah susulan kejutan lanjur, yang boleh meruntuhkan rumah mereka dengan binaan asas yang tidak kukuh,” kata Marcos Jr kepada pemberita.

    Beberapa pesakit menghabiskan sepanjang malam di luar dua buah hospital kerajaan di Ilocos Norte selepas siling runtuh di beberapa bilik dengan peralatan musnah, kata pegawai. – AFP

    Pegawai memeriksa kerosakan bangunan di bandar Batac, Ilocos Norte pada 25 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...