Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Ghana kalah tipis

    DOHA, 25 NOV – Pasukan Portugal menumpaskan skuad Ghana 3-2 pada peringkat Kumpulan H Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar pada Khamis.

    Perlawanan diadakan di Stadium 974 di Doha di hadapan lebih 42,660 orang penonton, lapor agensi berita Tass.

    Gol kemenangan Portugal dijaringkan oleh Cristiano Ronaldo menerusi sepakan penalti pada minit ke-65 manakala dua lagi gol hasil rembatan Joao Felix (minit ke-78) dan Rafael Leao (minit ke-80).

    Sementara itu, gol skuad Ghana pula dijaringkan Andre Ayew (minit ke-73) dan Osman Bukari (minit ke-89).

    Ronaldo, 37, menjadi pemain pertama yang menja-ringkan sekurang-kurangnya satu gol dalam lima Piala Dunia FIFA. Secara keseluruhannya, pemain sensasi itu sudah menjaringkan lapan gol bermula dengan edisi Piala Dunia 2006. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...