Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Gorbachev selamat disemadikan

    MOSCOW, 4 SEPT – Pemimpin terakhir Soviet, Mikhail Gor-bachev selamat dikebumikan kelmarin tanpa upacara penghormatan pengebumian negara selain tiada kehadiran Presiden Vladimir Putin.

    Gorbachev yang dikenali di Barat sebagai Gorby, meninggal dunia Selasa lalu pada usia 91 tahun berikutan penyakit yang serius dan lama.

    Gorbachev ditempatkan di Hall of Columns di dalam bangunan bersejarah di pusat Moscow, yang secara tradisinya digunakan untuk pengebumian pegawai tinggi termasuk Joseph Stalin pada tahun 1953.

    Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Novodevichy Moscow yang berprestij di sebelah isterinya Raisa, yang meninggal dunia pada 1999 akibat kanser. – AFP

    Pengawal berdiri bersebelahan keranda Mikhail Gorbachev, pemimpin terakhir Kesatuan Soviet, semasa upacara peringatan di Column Hall di Moscow, pada 3 September 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...