Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Haiza kongsi pengalaman peminat datang beraya

    Ekonomi yang terjejas akibat pandemik COVID sebelum ini menjadi peringatan buat penyanyi dan penyampai radio Haiza agar tidak berlebihan dalam berbelanja bagi melakukan persiapan menyambut raya.

    Bagi Haiza atau nama sebenarnya Rohaizah Nordin, 42, dia memilih untuk melakukan persiapan secara bersederhana kerana tempoh sekarang ini adalah masa terbaik untuk kembali memulihkan kewangan sendiri.

    “Ekonomi sendiri pun baru nak bertambah baik selepas dua tahun kita melalui waktu sukar akibat pandemik. Jadi persiapan raya tahun ini saya lebih bersederhana sahaja.

    “Apa yang telah berlaku sebelum ini saya ambil sebagai satu pengajaran dan menjadi kesilapan besar jika masih tidak beringat dan mengambil iktibar.

    “Jika ada wang lebih eloklah simpan dahulu untuk kegunaan masa depan,” katanya kepada mStar.

    Penyanyi dan penyampai radio, Haiza bersederhana sambut raya tahun ini. – Agensi

    Dalam pada itu, Haiza berkata, dia sentiasa berpesan kepada anaknya iaitu Nur Iman Syafie, 10, supaya faham dengan situasi semasa yang berlaku.

    Penyanyi lagu Dag Dig Dug ini tidak mahu mendidik anak berbelanja secara berlebihan dan hanya membeli mengikut keperluan sahaja.

    “Sebagai ibu tidaklah semua permintaan anak saya akan tunaikan. Saya akan beri dia peringatan tentang situasi yang melanda kita semua sekarang ini supaya dia tidak terlalu meminta,” ujarnya.

    Bercerita tentang kenangan menyambut Hari Raya Aidilfiri, Haiza berkongsi kisah lucu yang pernah dilalui sekitar tahun 1990an dahulu di mana dia terpaksa melayan dua orang peminat yang duduk beraya di rumahnya terlalu lama.

    Walaupun menjadi kebiasaan orang Johor sepertinya pergi menziarah lewat malam, namun kenangan menerima tetamu tersebut tidak mungkin dilupakannya.

    “Di Johor sudah menjadi kebiasaan buat kami pergi beraya ke rumah orang walaupun lewat malam.

    “Tetapi ada dua orang peminat saya ini datang bermula dari petang dan tidak mahu pulang sehingga lewat malam. Terpaksalah saya melayan mereka kerana ketika itu saya pun tak tahu bagaimana nak bagi ‘hint’ suruh balik,” ceritanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...