Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Hamilton hargai sokongan peminat

    SILVERSTONE, UNITED KINGDOM, 3 JULAI – Lewis Hamilton mengucapkan terima kasih kepada peminatnya dan berjanji akan terus berusaha keras untuk menamatkan rentetan 10 perlumbaan tanpa kemenangan selepas menamatkan saingan di tempat kedua di belakang Carlos Sainz dalam latihan litar yang licin dan berangin di Grand Prix British pada Jumaat lalu.

    Juara tujuh kali itu, mencatat 0.163 saat di belakang masa yang ditetapkan oleh Sainz dari Ferrari dan gembira dengan persembahannya semasa di litar dalam jentera Mercedes yang baru dikemas kini.

    Hamilton sebelum ini yang pernah meraih kemenangan lapan kali dalam Grand Prix British dan 103 kemenangan secara keseluruhan, tidak pernah melakar kemenangan sejak Grand Prix Arab Saudi Disember lalu, yang terdiri daripada 10 pusingan.

    Dia tidak pernah memperoleh 11 pertandingan tanpa kemenangan dalam karier Formula Satunya dan kemenangan Silverstone pada Ahad nanti akan menjadikannya pemandu pertama untuk memenangi sembilan perlumbaan di satu litar perlumbaan.

    Ditanya mengenai kesan pakej naik taraf terbaharu keretanya, dia berkata, ia kebanyakannya untuk meningkatkan daya turun kereta itu, sambil menambah bahawa dia merasakan kereta tersebut berpotensi untuk memberikan persembahan yang terbaik bagi peminatnya.

    “Mereka beri saya harapan. Saya sangat menghargai sokongan yang saya dapat daripada semua orang,” ujarnya. – AFP

    Aksi Lewis Hamilton semasa latihan ketiga menjelang Grand Prix British F1 di litar perlumbaan motor Silverstone, tengah England kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...