Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Hampir 170,000 orang sudah terima catuan makanan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MAC – Lebih 8,000 sukarelawan telah berdaftar sejak Sukarelawan Belia beroperasi pada Mac 2020 dengan 600 hingga 800 sukarelawan diatur gerakkan untuk bertugas setiap hari di 143 lokasi penting di seluruh negara.

    Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin berkata, atas usaha gigih mereka dengan kerjasama agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan para sukarelawan daripada pelbagai latar belakang dan umur, mereka juga telah mengagihkan catuan makanan kepada lebih 31,000 buah rumah yang merangkumi hampir 170,000 individu yang menjalani Perintah Kuarantin di seluruh negara sejak Ogos 2021 hingga ke hari ini.

    Di samping itu, para sukarelawan juga membantu golongan susah melalui inisiatif Sumbangan Pandu Lalu catuan makanan.

    Hasil sumbangan orang ramai sejak September 2021, lebih 3,200 pemohon telah diberikan catuan makanan yang merangkumi seramai hampir 20,000 individu.

    “Sikap resilien dan pemedulian tinggi dalam kalangan masyarakat Brunei khususnya para sukarelawan dan dermawan amat kita hargai dan segani. Terima kasih di atas pengorbanan para sukarelawan yang turut bertugas di barisan hadapan tanpa mengenal masa, tenaga dan penat lelah dengan moto ‘Bersama Kita Berjuang’,” ujarnya semasa membentangkan peruntukan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada permesyuaratan Majlis Mesyuarat Negara di Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis, petang tadi.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...