Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Hampir 280 kematian akibat denggi

    MANILA, 20 JULAI – Jabatan Kesihatan Filipina (DOH) kelmarin berkata ia telah melaporkan 274 kematian akibat demam denggi dalam tempoh enam bulan kebelakangan ketika kes semakin memuncak.

    Pihak kementerian berkata ia melaporkan 65,190 kes denggi dari awal tahun ini hingga 2 Julai, 83 peratus lebih tinggi berbanding awal tahun lalu.

    Data DOH menunjukkan wilayah Tengah Luzon merekodkan jumlah kes tertinggi dengan 9,448 kes, diikuti dengan wilayah Tengah Visayas di tengah Filipina dengan 7,771 kes, sementara Semenanjung Zamboanga di selatan Filipina merekodkan 5,798 kes.

    Pihak kementerian turut berkata 13 daripada 17 wilayah “sudah melebihi paras epidemik dalam tempoh empat minggu kebelakangan dari 5 Jun hingga 2 Julai.”

    Bagi mencegah lebih banyak penularan demam denggi, pihak kementerian menggesa orang awam untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di kawasan berhampiran mereka.

    Denggi dikategorikan sebagai endemik di Filipina. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...