Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Hampir 40 peratus kanak-kanak terima dua dos vaksin

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MEI – Sejumlah 234 dos pertama vaksin COVID telah pun diberikan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun kelmarin, menjadikan jumlah keseluruhan penerima dos pertama kepada 33,809 iaitu 78.8 peratus.

    Manakala 985 vaksin dos kedua turut diterima kumpulan tersebut, membawa jumlah keseluruhan kepada 16,439 orang iaitu 38.3 peratus.

    Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof selaku wakil menteri kesihatan mengongsi statistik itu pada sidang Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan hari ini.

    Turut hadir ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah.

    Menurutnya, liputan dua dos vaksin bagi rakyat dan penduduk ialah 98.6 peratus manakala 69.7 peratus telah mendapatkan vaksin dos ketiga.

    Mengenai jangkitan baharu, Yang Berhormat Pehin menyatakan 246 kes telah dilaporkan dengan 245 daripadanya hasil ujian ART dan satu kes daripada 454 ujian makmal RT-PCR yang dibuat dalam masa 24 jam lalu.

    Jumlah keseluruhan kes di negara ini ialah 147,021 dan tiada kes dalam kategori 4 dan 5, tambahnya.

    Beliau turut menjelaskan 223 kes telah sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan sembuh kepada 145,166 orang, manakala jumlah kes aktif ialah sebanyak 1,633 dengan 12 daripadanya dirawat di hospital dan 1,621 menjalani pengasingan diri di rumah.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua dan Yang Berhormat Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua semasa sidang media yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...