Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Harga kapas meningkat akibat kemarau

    NEW YORK, 22 MAC – Harga kapas melambung ke paras tertinggi dalam tempoh lebih satu dekad kelmarin, disebabkan oleh kemarau berpanjangan di beberapa bahagian di tengah Amerika Syarikat (AS).

    Harga kapas mencecah AS$1.3171 per paun (kira-kira 453 gram) pada kontrak niaga utama AS, tertinggi sejak Julai 2011.

    Turunan hujan sangat rendah sejak awal Januari di bahagian barat laut Texas – yang menghasilkan kira-kira 40 peratus daripada keseluruhan pengeluaran kapas di AS.

    Tertakluk kepada kawasan di AS, kapas ditanam dari Mac hingga Jun, jadi terdapat ketidaktentuan dalam pasaran mengenai jumlah tanaman tahun ini, menurut John Robinson, profesor di Texas A&M University dan pakar dalam bidang kapas.

    Ramai yang sudah membuat perbandingan keadaan cuaca ketika ini dengan pada 2011, apabila pengeluar kapas AS mengalami kemarau paling buruk dan lonjakan harga setinggi AS$2.27 per paun.

    Kemarau kali ini melanda ketika pasaran berada dalam keadaan singkat disebabkan peningkatan berkaitan pandemik dalam permintaan tekstil kapas ketika ramai yang menghabiskan masa di rumah.

    Selain itu, terdapat peningkatan permintaan di China, setakat ini penghasil dan pengimport terbesar dunia.

    Antara punca lain adalah harga racun perosak yang tinggi, di mana ia sering kali digunakan di ladang kapas dan dihasilkan daripada petroleum.

    Ketika harga kapas yang tinggi dijangka menyumbang kepada peningkatan keluasan ekar di AS, kos racun perosak diramal mengehadkan pertumbuhan, kata Arlan Suderman, seorang pembroker StoneX memberitahu stesen PBS di Iowa.

    Faktor lain adalah gelombang pembelian spekulatif, didorong oleh harga yang semakin naik, tambah Robinson. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...