Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Harris puji pemimpin Tanzania sebagai juara demokrasi

    DAR ES SALAAM, 30 MAC – Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris hari ini memuji pemimpin Tanzania, Samia Suluhu Hassan sebagai ‘juara’ demokrasi, ketika mengadakan lawatan ke Afrika.

    Harris, orang kulit hitam pertama dan wanita pertama yang dipilih sebagai naib presiden AS, bercakap bersama Hassan, presiden wanita pertama Tanzania yang telah menarik balik dasar autoritarian pendahulunya, John Magufuli.

    Harris berkata kedua-duanya akan membincangkan demokrasi, pentadbiran, pertumbuhan ekonomi jangka panjang dan krisis iklim semasa lawatannya ke negara Afrika Timur itu.

    Harris sedang dalam rangka lawatan ke tiga negara Afrika, langkah terbaharu oleh AS untuk memperdalam penglibatannya dengan benua itu untuk menentang pengaruh China dan Rusia yang semakin meningkat.

    Awal bulan ini, beliau berikrar untuk memulihkan politik kompetitif dan memulakan proses yang terhenti untuk mengkaji semula perlembagaan, tuntutan pembangkang yang telah lama dipegang.

    Pada bulan Januari, Hassan mengumumkan pengharaman perhimpunan politik ditarik balik, membuka jalan untuk kembali pada bulan itu bagi penyokong kuat pembangkang Tundu Lissu selepas menghabiskan sebahagian besar daripada lima tahun terakhir dalam buangan.

    Pada Khamis, Harris turut meletakkan kalungan bunga di sebuah tugu peringatan pengeboman Ogos 1998 ke atas kedutaan AS di Dar es Salaam, hab ekonomi Tanzania.

    Serangan hampir serentak oleh Al-Qaeda di Tanzania dan kedutaan AS di ibu kota Kenya, Nairobi menyebabkan lebih 200 orang terbunuh dan lebih 5,000 cedera. – AFP

    Kamala Harris bersama Naib Presiden Tanzania, Philip Mpango semasa tiba di Lapangan Terbang Julius Nyerere di Dar es Salaam, Tanzania. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...