Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Inisiatif BRI diterima baik

    SINGAPURA, 30 MAC – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menghargai dan menyambut baik Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) kerana ia merupakan satu pendekatan yang mewujudkan situasi sama menang.

    Beliau berkata republik itu menyokong BRI kerana ia satu langkah strategik baik yang diketengahkan China.

    “China terus berkembang dan semakin makmur manakala kedudukannya di pentas antarabangsa semakin penting.

    “Kami (Singapura) melihat BRI sebagai satu pendekatan China untuk menyumbang kepada pembangunan rantau sekali gus menyepadukan dirinya ke dalam rangkaian serantau yang kolaboratif dan saling bergantung.

    “Oleh itu, ia (BRI) dialu-alukan di seluruh rantau dengan membawa manfaat dan mewujudkan situasi sama menang,” kata Lee.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua kiri) bersama Perdana Menteri China, Li Qiang (tiga kanan) pada Forum Boao 2023 kelmarin. Turut bersama (dari kanan), Perdana Menteri Ivory Coast, Patrick Achi; Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez; Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong (tiga kiri) dan Pengarah Urusan Tabung Matawang Antarabangsa, Kristalina Georgieva (kiri). – Bernama

    Beliau berkata pembangunan rantau memerlukan infrastruktur, sementara kemudahan pula memerlukan pembiayaan.

    Lee berpendapat China berkemampuan untuk menguruskan dan menjayakan dua perkara itu, di samping memperkukuh jalinan perdagangan serta ekonomi dengan negara lain di rantau berkenaan.

    “Dengan adanya BRI, ia merupakan satu rangka kerja yang dapat membantu menterjemahkan segala buah fikiran ke dalam bentuk pelaksanaan,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Kumpulan Media China (CMG) di sini, baru-baru ini.

    Lee juga menyifatkan jalinan hubungan yang terbuka, mampan dan saling untung dengan China sebagai amat signifikan.

    “China merupakan kuasa ekonomi terbesar rantau ini dan adalah sangat penting untuk membina jalinan sebegitu.

    “Jika dilihat dari sudut ini, BRI adalah munasabah dan kami menyokongnya,” tambah beliau. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...