Saturday, August 13, 2022
24 C
Brunei

‘Henti guna gas untuk jana tenaga elektrik’

-

BERLIN, 1 OGOS – Jerman harus berhenti menggunakan gas untuk menjana tenaga elektrik bagi mengelak daripada menambah krisis tenaga, kata Menteri Kewangan Christian Lindner, kelmarin, lapor Sputnik.

“Kita mesti berusaha untuk memastikan krisis gas tidak membawa kepada krisis penjanaan elektrik. Oleh itu, tenaga elektrik tidak seharusnya lagi dihasilkan menggunakan gas. (Menteri Ekonomi) Robert Habeck mempunyai kuasa untuk melarangnya. Sebaliknya kita mesti mengekalkan keupayaan lain. Terdapat banyak alasan untuk tidak menutup loji tenaga nuklear (NPP) yang selamat dan mampan dan menggunakannya jika perlu sehingga 2024,” kata Lindner kepada akhbar Bild am Sonntag.

Pada masa ini terdapat tiga loji tenaga nuklear yang berfungsi di Jerman dan ia dirancang untuk ditutup pada 31 Disember.

Jerman memperhebat perbahasan mengenai kemungkinan melanjutkan penggunaan NPP ekoran krisis gas yang sedang berlaku. Ketika ini, pihak berkuasa sedang menjalankan analisis teknikal keadaan sebelum membuat keputusan muktamad. Sekurang-kurangnya satu daripada NPP akan terus beroperasi, menurut media Jerman. – Bernama

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

DXY disekat kritik rawatan herba COVID

BEIJING, 11 OGOS – Sebuah laman web perubatan China yang popular telah ditapis oleh pihak berkuasa kerana 'melanggar undang-undang dan peraturan yang berkaitan', beberapa...
- Advertisment -