Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    ‘Hormati bulan-bulan haram’

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JAN – Bulan Rejab antara bulan yang agung darjatnya di sisi Allah SWT.

    Para ulama berpendapat, segala amalan yang dilakukan dalam bulan tersebut pahalanya akan dilipatgandakan dan kemaksiatan yang dibuat dalam bulan Rejab diberatkan timbangan dosanya.

    Perkara tersebut antara yang disentuh dalam tazkirah yang bertajuk ‘Menghormati Bulan-bulan Haram’ yang disampaikan oleh Imam Tingkat III Masjid Suri Seri Begawan Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis Madang, Awang Muhammad Khaizuran Amali bin Haji Kamsani.

    Hadir pada tazkirah itu secara maya ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

    Sementara itu, Penasihat Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Beribi, Dato Paduka Haji Othman bin Haji Yaakub selaku tetamu khas telah mengepalai bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah dari Masjid Kampung Beribi.

    Turut menyertai acara tersebut ialah ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Beribi dan Masjid Suri Seri Begawan Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis Madang, tenaga pengajar dan para pelajar Sekolah Ugama (SU) Menengah Rimba dan para belia Al-Jiilul Faatih dari Al-Huffaz Learning and Traning Centre.

    Malam munajat disertai oleh jemaah dari 102 buah masjid termasuk surau dan balai ibadat seluruh negara serta warga Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) berserta keluarga dari kediaman masing-masing.

    Majlis diteruskan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah dan Surah Yasin beramai-ramai dipimpin oleh tenaga pengajar SU Menengah Rimba, Haji Muhammad Sani bin Haji Abdul Karim, dari Dewan Fathul Busyra, SU Beribi. Doa Munajat dibacakan oleh Pegawai Pelajaran Ugama Kanan, Bahagian Kemajuan Syiar Islam, KHEU, Awang Hassan Baha bin Haji Umar dari Masjid Kampung Beribi.

    Sementara itu, bacaan Asmaul Husna dipimpin oleh Pengerusi Pergerakan Belia Al-Jiilul Faatih sesi 2022/2023 Awang Mohd Amirul bin Haji Ismail, bersama para belia Al-Jiilul Faatih dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam telah dibacakan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Awang Anuar bin Haji Salim, dari Masjid Kampung Beribi.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama bersama jemaah lain pada Program Malam Munajat.- Gambar serahan KHEU
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...