Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Ibu bapa disarankan ambil langkah waspada

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 FEB – Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan menyeru kerjasama orang awam khususnya ibu bapa untuk mengambil langkah berhati-hati dan berwaspada sebelum memutuskan membawa ahli keluarga keluar rumah bagi tujuan tidak penting.

    Ini kerana ia boleh mendedahkan ahli keluarga kepada jangkitan yang boleh menjejaskan kehadiran pelajar untuk mengikuti pembelajaran bersemuka, susulan peningkatan kluster rumah yang melibatkan penuntut-penuntut di beberapa buah sekolah seperti dalam kenyataan Kementerian Kesihatan pada 7 Februari lalu.

    Oleh itu, orang ramai perlu terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan serta mengamalkan tanggungjawab sosial semasa kita hidup dengan COVID-19.

    SOP ini termasuklah penggunaan pelitup muka bersesuaian apabila keluar rumah atau berada dalam kalangan orang lain, mengamalkan penjarakan fizikal, kebersihan diri, melakukan ujian pantas antigen (ART) berkala, pengudaraan ruangan yang baik, mendapatkan dos ketiga dan menggunakan aplikasi BruHealth semasa memasuki premis serta teranah di rumah jika tidak berasa sihat dan mendapatkan rawatan jika mengalami simptom serupa flu.

    Orang ramai dinasihatkan untuk tidak berasa panik dan jika mereka disahkan positif COVID-19, patuhi protokol kesihatan ditetapkan dengan membuat pengasingan diri di kediaman masing-masing atau tempat-tempat pengasingan telah disediakan.

    Kementerian Kesihatan akan terus memantau situasi wabak COVID-19 di negara ini dan memaklumkan jika terdapat sebarang perubahan garis panduan dikeluarkan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...