Friday, May 10, 2024
24.6 C
Brunei

    -

    Iman Zulkarnain seronok jalani hidup sebagai duda

    Tiada lagi hidup berpoligami, pelakon Iman Zulkarnain mengakui dia kini berasa lebih seronok menjalani kehidupan tanpa isteri kerana bebas melakukan apa sahaja.

    Menurut pelakon berusia 31 tahun itu, dia bebas untuk berlakon dengan mana-mana pelakon wanita tanpa perlu memikirkan perasaan dua isterinya sebelum ini.

    “Saya bercerai dengan isteri kedua pada Disember 2019 manakala berpisah dengan isteri pertama tahun lalu. Alhamdulillah, saya gembira sebab ada kebebasan dan rezeki dalam industri pun masih ada.

    “Memudahkan saya untuk bekerja dan berurusan dalam industri. Kalau saya nak berlakon dengan mana-mana pelakon wanita pun dah tidak perlu jaga hati sesiapa.

    “Tak ada siapa pun cemburu dan bebas nak pilih kerja. Apa saja status dah berkahwin atau duda, tetap ada rezeki. Cuma jadi duda, lagi seronok,” katanya kepada wartawan.

    Iman Zulkarnain mengakui dia kini berasa lebih seronok menjalani kehidupan tanpa isteri kerana bebas melakukan apa sahaja. – Agensi

    Untuk rekod, Iman berkahwin dengan isteri pertama pada 28 Januari 2012 dan mereka dikurniakan tiga anak yang berusia 10, enam, dan empat tahun.

    Iman kemudian berkahwin dengan isteri kedua pada 15 April 2019 namun tidak dikurniakan cahaya mata.

    Pelakon drama siri Nur itu bercerai dengan isteri kedua pada Disember 2019, manakala isteri pertama pula pada Februari tahun lalu.

    Dalam pada itu, Iman mendedahkan dia pernah mengalami kemurungan yang sangat teruk selepas berpisah dengan kedua-dua isterinya.

    “Sejujurnya, saya pernah alami kemurungan. Pernah nak cuba bunuh diri dan meroyan dalam tempoh beberapa bulan juga.

    “Memang silap saya sendiri sebab nak poligami tapi di luar kemampuan saya. Saya terima kesilapan saya sehingga menyebabkan saya kehilangan kedua-dua isteri.

    “Tapi apa yang berlaku membuatkan saya lebih matang dan memahami diri sendiri serta kemahuan wanita. Saya kembali fokus pada diri dan kerja,” ujarnya.

    Sementara itu, Iman memberitahu dia masih belum bersedia untuk mencari teman hidup yang baharu kerana ingin memberi tumpuan pada diri sendiri.

    “Tahun ini dan tahun lalu saya ada cuba untuk mencari pengganti tapi buat masa ini saya rasa macam belum bersedia untuk komitmen dengan perhubungan serius.

    “Lebih baik saya fokus pada diri saya dahulu,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jepun cadang perluas penangkapan ikan paus komersial kepada ikan paus sirip

    TOKYO, 10 MEI - Agensi Perikanan Jepun telah mencadangkan memperluaskan penangkapan ikan paus komersil di sepanjang pantai negara kepada ikan paus sirip, spesies yang...