Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Impian Rizky Febian buat konsert di KL tercapai

    Penantian penyanyi Rizky Febian untuk mengadakan konsert di luar negara tercapai apabila dia bakal hadir ke Malaysia pada Oktober depan bagi menjayakan persembahan Rizky Febian Live in Kuala Lumpur.

    Rizky berkata, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk bertemu peminat di luar Indonesia kerana mahu memperkenalkan muziknya kepada lebih ramai pendengar.

    “Dari dulu saya mahu mengadakan konsert di luar negara. Selain boleh berjumpa Rizfelous (kelab peminat), saya juga boleh perkenalkan muzik saya dengan lebih meluas,” katanya.

    Rizky turut membuat perkongsian mengenai konsertnya di Kuala Lumpur di Instagram sambil bertanya sama ada peminat di negara ini sudah bersedia dengan kehadirannya.

    “Akhirnya penantian berharga selama ini akan terlaksana. Kuala Lumpur, are you ready?,” tulisnya.

    Ternyata kehadiran Rizky ke Kuala Lumpur cukup dinantikan peminat apabila tiket konsert yang dijual pada 26 Ogos lalu licin dalam tempoh sejam.

    Perkara itu dimaklumkan oleh penganjur konsert iaitu The Jay Events & Media dadlam satu hantaran di Instagram.

    Rizky dijangka mendendangkan lagu-lagu popularnya seperti Penantian Bahagia, Makna Cinta, Terlukis Indah dan Cuek pada konsert yang akan berlangsung pada 20 Oktober di Zepp Kuala Lumpur. – Agensi

    Rizky berkata dia sudah lama menyimpan hasrat untuk bertemu peminat di luar Indonesia kerana mahu memperkenalkan muziknya kepada lebih ramai pendengar. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...