Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Impian Shidee ke final musnah

    Sedar dengan kesilapan yang dilakukan, penyanyi Shidee sudah menjangka dirinya tersingkir pada peringkat separuh akhir Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).

    Shidee atau nama sebenarnya Rashid Abdul Wahab, 63, berkata, dia tidak dapat menghayati lirik dalam masa singkat sekali gus gagal memberikan persembahan terbaik pada konsert yang berlangsung malam Ahad.

    “Untuk menyanyi dengan baik, lirik lagu perlu betul-betul masuk dalam jiwa. Lirik yang banyak mengganggu saya untuk menyampaikan persembahan. Saya juga lambat catch up dalam hal ini. Ada juga rasa nak ke pusingan akhir, tetapi bila sedar melakukan kesalahan di atas pentas saya dah boleh jangka tersingkir,” ujar Shidee.

    Pada malam separuh akhir GV8 Shidee menyanyikan lagu Sedetik Lebih yang dipopularkan oleh Anuar Zain dan Kerna Cinta nyanyian asal Yasin Sulaiman.

    Sementara itu, Ani Maiyuni, 43, yang turut tersingkir mengakui sudah cukup bersedia dengan keputusan itu.

    Shidee akui sukar hayati lirik dalam tempoh masa singkat. – Agensi

    “Terima hakikat ini adalah pertandingan. Saya sentiasa sedia apa sahaja kemungkinan yang akan berlaku setiap minggu.”

    “Program ini berjalan secara langsung dan apa yang kita buat ketika latihan tak sama seperti pentas sebenar. Juri mendengar lebih teliti.”

    “Juri lebih tahu mana kesilapan saya dan saya tidak akan mempertikaikan keputusan juri,” katanya.

    Dalam masa sama Ani yang menyanyikan lagu Sumpah dari Aina Abdul berharap peminat penyanyi itu dapat menerima persembahannya.

    “Lagu itu bukan genre saya, ia perlu penjiwaan yang berat.”

    “Apa yang penting saya bawakan dalam key sebenar. Buat peminat Aina, saya telah buat sehabis baik cara Ani Maiyuni,”ujarnya yang turut menyanyikan lagu Let’s Get Loud nyanyian asal Jennifer Lopez.

    Malam separuh akhir GV8 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu menyaksikan dua peserta iaitu Ani Maiyuni dan Shidee tersingkir.

    Enam peserta yang bakal berentap pada peringkat akhir adalah Aweera, Nikki Palikat, Suki Low, Adibah Noor, Aliff Aziz dan Azan Scan. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...