Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    India, Mesir promosi perdagangan, pelaburan, perangi keganasan

    NEW DELHI, 25 JAN – India dan Mesir bersetuju hari ini untuk meningkatkan perdagangan antara kedua-dua negara semasa lawatan Presiden Mesir yang menekankan usaha Perdana Menteri Narendra Modi untuk mengukuhkan hubungan dengan ekonomi-ekonomi berkembang yang lain.

    Modi dan Presiden Abdel Fattah El-Sissi bersetuju untuk meningkatkan perdagangan dua hala dalam tempoh lima tahun kepada AS$12 bilion. Perdagangan tersebut bernilai AS$7.3 bilion pada 2021-22. Kedua-dua negara juga menandatangani perjanjian untuk memperluaskan kerjasama dalam keselamatan siber, teknologi maklumat, budaya dan penyiaran.

    Modi dan El-Sissi menyatakan kebimbangan terhadap gangguan bekalan makanan dan sumber penting lain akibat peperangan di Ukraine. Modi mencari kerjasama Mesir dalam menentang pencerobohan sempadan, ekstremisme dan ancaman siber.

    Ekonomi Mesir menjadi tegang oleh pandemik dan peperangan Rusia di Ukraine, yang menyebabkan harga minyak dan komoditi lain meningkat ke paras tertinggi. Salah satu pengimport terbesar gandum di dunia, ia mendapat bantuan daripada Bank Dunia tahun lalu untuk membiayai pembelian gandumnya kerana bekalan dari Ukraine terganggu.

    Barang dagangan import dari India, yang membuat pengecualian untuk negara-negara seperti Mesir yang menghadapi kekurangan yang teruk walaupun ia melarang kebanyakan eksport gandum, membantu menutup jurang itu. – AP

    Perdana Menteri India, Narendra Modi, kanan, berjabat tangan dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi sebelum permulaan pertemuan mereka di New Delhi, India. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...