Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Indonesia lancar vaksin penggalak untuk dewasa

    JAKARTA, 12 JAN – Indonesia melancarkan dos penggalak vaksin COVID-19 hari ini, di tengah-tengah lonjakan jangkitan COVID-19 yang didorong oleh varian Omicron.

    Kumpulan warga emas dan berisiko yang menerima suntikan kedua sekurang-kurangnya enam bulan lalu kini layak menerima suntikan percuma itu.

    Kementerian kesihatan Indonesia menganggarkan lebih 21 juta orang di negara itu layak untuk program itu.

    Kelmarin, Presiden Joko Widodo berkata dos ketiga penting untuk menyokong perlindungan terhadap virus itu.

    “Itulah sebabnya saya memutuskan bahawa dos ketiga akan diberi secara percuma untuk semua rakyat Indonesia. Kerana, sekali lagi, keselamatan rakyat adalah yang utama,” kata presiden dalam satu kenyataan yang dirakam.

    Orang dewasa ketika menunggu giliran mereka untuk menerima dos penggalak Pfizer di Jakarta pada 12 Januari. – AFP

    Beliau menggesa orang ramai untuk terus mematuhi protokol kesihatan, dengan mengatakan “vaksinasi dan disiplin adalah kunci dalam memerangi pandemik itu”.

    Tinjauan Bernama mendapati individu yang layak hadir dan beratur panjang di Pusat Kesihatan Daerah Kramat Jati, Jakarta Timur.

    Mereka termasuk Abdul Rahman, 65, yang berasa lega mendapat dos ketiga.

    “Setakat ini, tiada tindak balas seperti dos pertama dan kedua. Ia penting untuk kebaikan bersama kerana jika kita jatuh sakit, akan menyusahkan orang lain, kita mungkin akan menyebarkannya kepada orang lain,” katanya.

    Indonesia meluluskan kebenaran penggunaan kecemasan untuk lima vaksin COVID-19 berbeza sebagai suntikan penggalak – Sinovac, Pfizer, AstraZeneca, Moderna dan Zifivax.

    Varian Omicron yang dikesan di Indonesia pada 16 Disember 2021 ditemui pada seorang lelaki berusia 37 tahun dari bandar Medan pada 28 Disember.

    Setakat Isnin, kes varian Omicron meningkat kepada 506 selepas 97 lagi individu dijangkiti virus itu, termasuk 84 kes jangkitan tempatan, kata kementerian kesihatan.

    Jumlah kes positif COVID-19 yang disahkan meningkat sebanyak 802 dalam tempoh sehari kepada 4,267,451 kes setakat kelmarin. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...