Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Inflasi akan terus dipantau

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MAC – Meskipun harga minyak global mencecah lebih AS$100 setong yang mana ia setentunya memberi manfaat kepada pendapatan negara, namun perlu diingat implikasinya juga ada.

    “Dengan harga minyak yang tinggi, ia juga memberi implikasi kerana jika harga tenaga meningkat, penghasilan dan barangan turut meningkat,” jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah semasa menjawab pertanyaan media mengenai kesan lonjakan harga minyak kepada pihak kerajaan dan orang ramai semasa sidang media di Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Yang Berhormat Dato seterusnya menjelaskan, bagi Brunei, kebanyakan barang diimport dari luar negara dan ini mungkin menyebabkan inflasi sebahagian barangan meningkat dan apa yang penting adalah untuk menjaga keselamatan makanan dan essential goods security.

    Disebabkan harga tenaga naik, kekurangan bahan-bahan jadi ia menyebabkan harga barangan juga meningkat, jadi ia antara penyebab harga barang melonjak naik sekali gus menyebabkan kekurangan penghasilan.

    Di mana-mana negara pun, inflasi akan menjadi satu isu global bukan saja di rantau ini tapi di negara barat turut menghadapi isu yang sama dan kerajaan memikirkan cara mengatasi isu ini dan ia sentiasa dipantau dan apa yang kerajaan dapat bantu selain menjaga kesejahteraan orang ramai dan sebagainya.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew semasa menjawab pertanyaan media di Kementerian Kesihatan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...