Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Inflasi di UK cecah tahap tertinggi

    LONDON, 18 MEI – Kadar inflasi tahunan Britain meningkat kepada tahap tertinggi 40 tahun pada bulan lalu disebabkan harga minyak yang melambung naik, demikian menurut data rasmi hari ini, sekali gus memburukkan lagi krisis sara hidup di negara itu.

    Inflasi indeks harga pengguna mencecah 9 peratus pada April daripada 7 peratus pada Mac, kata Pejabat Statistik Negara (ONS) dalam satu kenyataan.

    ONS meramalkan angka tersebut adalah yang tertinggi sejak 1982, sementara ia merupakan kadar paling pesat sejak data bermula pada 1989.

    Negara-negara di seluruh dunia sedang dibelenggu inflasi tinggi apabila konflik Ukraine mendesak kenaikan harga minyak dan makanan, dan memaksa Bank England dan bank pusat lain menaikkan kadar faedah.

    Gabenor Bank England, Andrew Bailey mengingatkan semalam mengenai situasi ‘dahsyat’ yang timbul daripada kos makanan yang meningkat – yang menurutnya dicetuskan oleh kegagalan Ukraine untuk mengeksport produk gandum dan minyak masaknya.

    Harga pengguna UK juga melonjak pada April selepas had maksimum ke atas gas dan elektrik domestik dinaikkan disebabkan kenaikan kos minyak borong.

    “Inflasi meningkat mendadak pada April, didorong oleh kenaikan dalam harga elektrik dan gas apabila harga lebih tinggi dikuatkuasakan,” kata ketua ahli ekonomi ONS Grant Fitzner hari ini.

    “Kira-kira tiga suku daripada kenaikan dalam kadar tahunan pada bulan ini datang daripada bil utiliti.” – AFP

    Orang ramai melintasi kedai pengurup wang yang ditutup di Oxford Steet di London pada 13 April 2022. Pejabat Statistik Britain melaporkan inflasi meningkat kepada 9 peratus dalam tempoh 12 bulan hingga Mac. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...