Sunday, May 19, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    iPhone generasi pertama dibeli dengan harga AS$190,000

    CALIFORNIA, 19 JULAI – Sebuah telefon pintar, iPhone generasi pertama telah dijual semasa acara lelong dengan nilai AS$190,373, hampir 380 kali ganda daripada harga asalnya iaitu AS$499, ketika peranti itu pertama kali dijual pada 2007.

    LCG Auctions, yang menganjurkan jualan pada Ahad lalu, berkata model iPhone 4GB itu 20 kali ganda lebih jarang ditemui berbanding model 8GB yang dijual AS$599 pada masa itu.

    Ini disebabkan model 4G telah dihentikan dua bulan selepas ia dilancarkan kerana pelanggan lebih meminati saiz memori yang lebih besar.

    “Satu penanda aras telah diletakkan pada malam Ahad,” kata Marko Montero, pengasas LCG Auctions. “Kami teruja untuk menjadi sebahagian daripada jualan yang memecah rekod ini.”

    Ia adalah iPhone tulen ketiga yang dijual dengan harga rekod semasa acara lelong sejak beberapa tahun kebelakangan. Model 8GB telah dijual dengan harga AS$63,356 pada Februari dan satu lagi model 8GB telah dibeli dengan harga AS$39,340 pada Oktober 2022. Kesemuanya masih dalam kemasan asal. – AP

    Mendiang CEO Apple, Steve Job memegang telefon pintar iPhone semasa Persidangan MacWorld pada 9 Januari 2007 di San Francisco. iPhone generasi pertama telah dijual semasa acara lelong dengan nilai AS$190,373, hampir 380 kali ganda daripada harga asalnya. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...