Friday, June 2, 2023
23.6 C
Brunei

    -

    Iran, Indonesia akan meterai perjanjian perdagangan

    TEHRAN, 21 MEI – Presiden Ebrahim Raisi akan mengetuai delegasi Iran mengadakan lawatan ke Indonesia esok, lapor IRNA.

    Pengumuman itu dibuat selepas kedua-dua pihak menamatkan rundingan pusingan ketujuh, dengan kedua-dua kerajaan kini boleh menandatangani dokumen Perjanjian Perdagangan Keutamaan Indonesia-Iran (II-PTA).

    Menurut Kementerian Perdagangan Indonesia, kedua-dua negara akan menandatangani perjanjian perdagangan itu semasa lawatan Raisi ke Jakarta antara 22 dan 24 Mei.

    “Iran ialah rakan perdagangan bukan tradisi Indonesia dan menerusi PTA ini, kami berharap dapat meluaskan peluang eksport dan jangkauan pasaran, terutama di Asia Barat dan Parsi,” menurut pengarah rundingan dua hala kementerian itu, Johnny Martha.

    Indonesia sedang mengenal pasti pasaran baharu untuk mempelbagaikan pilihan eksportnya dan oleh itu dapat mengurangkan pergantungan kepada rakan dagangan tradisi yang kebanyakannya terjejas akibat ekonomi global yang lemah dan risiko geopolitik. – Bernama

    Raisi akan mengetuai delegasi Iran ke Indonesia. – IRNA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    AS, Jepun modenkan pakatan tentera

    TOKYO, 1 JUN – Amerika Syarikat (AS) dan Jepun sedang berusaha untuk memodenkan pakatan ketenteraan mereka dalam menghadapi ancaman dari China, Korea Utara dan...
    - Advertisment -