Wednesday, May 8, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Irene Cara meninggal dunia

    Pemenang Anugerah Akademi 1984, Irene Cara, 63, ditemui mati di kediamannya di Largo, Florida, Amerika Syarikat, semalam namun peminat sukar mempercayainya berikutan berita penipuan kematian menyasarkan bintang ikonik itu, baru-baru ini.

    Menerusi laporan portal dailymail.co.uk, ramai peminat percaya berita kematian itu satu lagi pembohongan tersebar dalam media sosial.

    Bagaimanapun, pemergian penyanyi ikonik yang popular menerusi lagu Flashdance… What A Feeling itu disahkan oleh pengurus publisitinya, Judith Moose menerusi hantaran dalam media sosial lewat tengah malam.

    Moose mengesahkan kematian Cara adalah berita benar dan terkejut dengan pemergiannya.

    “Dengan rasa sedih mendalam, saya mengumumkan pemergian Irene Cara bagi pihak keluarganya.

    Irene Cara ditemui meninggal dunia di kediamannya di Largo, Florida, Amerika Syarikat. – Agensi

    “Pelakon, penyanyi, penulis lagu dan penerbit yang pernah memenangi Anugerah Academy itu meninggal dunia di rumahnya di Florida.

    “Punca kematian belum diketahui dan akan diumumkan selepas maklumat dikeluarkan,” kata Moose menerusi kenyataannya.

    Moose berkata, keluarga Cara mohon diberikan privasi ketika berdepan kesedihan ini. Wanita kelahiran New York itu dilatih dalam muzik, tarian dan lakonan sejak zaman kanak-kanak.

    Muncul di pentas dan televisyen, termasuk penampilan dalam The Tonight Show – Johnny Carson ketika masih muda pada 1970an.

    Namun, Cara mula terkenal apabila melakonkan filem Fame pada 1980. Watak Coco Hernandez yang ditulis khas buatnya, selain menyanyikan lagu runut bunyi. Cara memenangi Persembahan Vokal Pop Wanita Terbaik, Anugerah Grammy menerusi lagu runut bunyi filem itu. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...