Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Iskandar Malaysia catat pelaburan komited RM13.2b

    KUALA LUMPUR, 25 JULAI – Iskandar Malaysia mencatatkan pelaburan komited sebanyak RM13.2 bilion pada separuh pertama tahun ini dan sebanyak RM5.9 bilion telah direalisasikan.

    Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jumlah yang dicatatkan ini membuktikan pelabur asing semakin yakin untuk melabur di Malaysia. 

    “Sebanyak lebih RM10 bilion bakal dijana oleh pelaburan asing di wilayah ini untuk pembangunan pusat data.

    “Pelaburan asing ini akan memberikan pertambahan peluang pekerjaan untuk Keluarga Malaysia. Secara keseluruhannya, lebih 6,000 orang Keluarga Malaysia di wilayah ini telah mendapat manfaat secara langsung daripada semua inisiatif sosioekonomi yang telah dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini. Terdahulu, beliau mempengerusikan Mesyuarat Ahli Pihak Berkuasa Wilayah Iskandar Malaysia (IRDA) kali ke-30 bersama Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz.

    Ismail Sabri berkata sejak penubuhannya pada 2006 hingga Jun 2022, Iskandar Malaysia telah merekodkan sejumlah RM367.8 bilion dan sebanyak 60 peratus atau RM221 bilion telah direalisasikan. 

    Dalam pada itu, katanya IRDA turut merangka Strategi Pertanian Moden dalam mengukuhkan agenda Sekuriti Makanan. Beliau berkata pembangunan teknologi 5G yang merupakan komponen sokongan utama Pertanian Moden disegerakan di Kawasan Iskandar Malaysia bagi menangani isu bekalan makanan dalam negara. Beliau berkata Pertanian Moden Iskandar Malaysia ini bakal menjenamakan IRDA sebagai ‘Agrifood Hub’ Malaysia.

    Katanya IRDA juga sedang merangka Draf Pelan Pembangunan Komprehensif Iskandar Malaysia 2022 – 2030 yang bakal menjadikan wilayah ini sebagai salah satu tunjang utama menjana ekonomi negara dengan berkonsepkan pembangunan mampan dan berdaya tahan terhadap ketidaktentuan, kejutan dan tekanan masa depan. – Bernama

    Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melihat sesi temu bual ketika melawat ruang pameran selepas Majlis Perasmian Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...