Sunday, May 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    ‘Ismail Sabri banyak pengalaman, calon PM terbaik’

    TASEK GELUGOR, 19 OKT – Pengalaman memegang pelbagai portfolio menteri menjadikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri yang terbaik untuk Malaysia, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

    Beliau berkata antara jawatan yang pernah dipegang oleh Ismail Sabri ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

    “Pengalaman ini membuatkan kerajaan di bawah pimpinannya tidak dipacu secara ‘autopilot’ dan beliau sentiasa memastikan rakyat terbela termasuk menaikkan subsidi,” katanya semasa berucap di Program Pemantapan Komuniti Bandar Keluarga Malaysia yang dirasmikan oleh Perdana Menteri di sini hari ini.

    “Bagi memastikan rakyat tidak terus terhimpit, Ismail Sabri melakukan intervensi dan buat kali pertamanya kadar subsidi oleh kerajaan mencecah hampir RM80 billion. Saya harap rakyat terus memberi sokongan kepada beliau untuk menjadi Perdana Menteri pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” tambahnya.

    Beliau berkata Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri berjaya membuka sempadan negara dan merancakkan semula ekonomi negara, di sam-ping menurunkan kadar pengangguran kepada 3.4 peratus daripada 5.3 peratus.

    Sementara itu pelbagai program yang dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) khusus untuk kesejahteraan Keluarga Malaysia diketengahkan oleh Ismail Sabri dalam ucapan perasmiannya di majlis itu hari ini.

    Umpamanya Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB) yang bertujuan mengimbangi kesan pembangunan pesat dan komuniti bandar, dengan sejumlah RM2.25 juta telah diluluskan oleh kerajaan bagi pelaksanaan PKKB di Semenanjung Malaysia, dan akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak. – Bernama

    Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melihat aset Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada program Pemantapan Komuniti Bandar Keluarga Malaysia di Tasek Gelugor, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...