Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Israel buka semula Lintasan Erez di Semenanjung Gaza

    BAITULMAQDIS, 15 MEI – Israel hari ini membuka semula satu-satunya lintasan yang menghubungkan Semenanjung Gaza kepada pekerja Palestin, selepas hampir dua minggu menutupnya kerana berlaku kekacauan, menurut Kementerian Pertahanan.

    “Susulan penilaian keadaan keselamatan, telah diputuskan untuk membuka Lintasan Erez bagi laluan pekerja dan pemegang permit dari Semenanjung Gaza ke Israel, mulai Ahad,” umum COGAT, sebuah unit Kementerian Pertahanan Israel yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal awam Palestin.

    Kemudahan itu digunakan 12,000 rakyat Palestin dengan permit bagi kemasukan ke Israel untuk bekerja.

    Israel menutup lintasan itu pada 3 Mei lalu menjelang hari peringatan dan kemerdekaan Israel serta di tengah-tengah insiden keganasan di wilayah Tebing Barat yang diduduki negara haram itu, walaupun kawasan Gaza adalah sunyi. Israel dan Hamas telah ‘bertempur’ lebih 15 tahun, yang terbaharu pada Mei tahun lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...