Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Israel buka semula lintasan Gaza

    GAZA, 26 APRIL – Israel pada Selasa memutuskan untuk membuka semula lintazan Erez di utara Semenanjung Gaza selepas mengalami kerugian ekonomi di kawasan pinggir pantai itu.

    “Selepas membuat penilaian keselamatan, Israel memutuskan untuk membenarkan semula kemasukan pekerja dan pedagang dari Gaza ke Israel melalui Erez mulai Selasa,” lapor Xinhua memetik kenyataan Mejar Jeneral Ghassan Alyan, penyelaras Aktiviti Kerajaan di wilayah Palestin.

    “Keputusan membuka semula lintasan itu kepada golongan pedagang dan pekerja, serta langkah-langkah awam lain adalah bersyarat demi mengekalkan keselamatan dan kestabilan di rantau berkenaan,” menurut kenyataan itu.

    Israel menutup lintasan Erez pada Ahad selepas penyerang tidak dikenali melancarkan beberapa roket dari Semenanjung Gaza ke selatan Israel.

    Kejadian berlaku dipercayai akibat ketegangan yang memuncak di Baitulmaqdis Timur dan kempen penangkapan di Tebing Barat ketika Ramadan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...