Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Israel buru penyerang sebabkan tiga kematian

    ELAD, 6 MEI – Tentera Israel memburu penyerang yang membunuh tiga orang dan mencederakan empat yang lain di pusat bandar Elad lewat semalam, ketika negara itu menyambut ulang tahun ke-74 penubuhannya.

    Media Israel melaporkan, dua penyerang bersenjatakan pisau dan kapak menyasarkan pengunjung ke sebuah taman di bandar berkenaan, malah ada yang mendakwa penyerang menggunakan senjata api. Pemburuan itu dibantu sebilangan besar pihak keselamatan menggunakan helikopter, dron dan sekatan jalan raya bagi mencari suspek serangan ganas itu, yang difahamkan kini masih bersembunyi di kawasan berdekatan.

    Menteri Pertahanan, Benny Gantz berkata setakat ini tiada sebarang butiran terperinci mengenai penyerang dan mengesahkan tiga mangsa terbunuh dan empat yang lain cedera parah dalam serangan itu. Bagaimanapun, beliau mengumumkan langkah bagi menghentikan penyerang daripada melarikan diri atau menyusup ke Tebing Barat, sekali gus mewujudkan spekulasi suspek berkemungkinan adalah rakyat Palestin.

    Perkhidmatan tindak balas kecemasan, Magen David Adom (MDA), yang mengesahkan kematian itu, berkata empat yang lain turut tercedera dalam serangan itu.

    Ini adalah keganasan terbaharu dalam rentetan serangan maut dilakukan oleh penduduk Palestin dan Arab Israel sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Gantz mengumumkan penutupan Tebing Barat, yang termasuk dalam kawasan sambutan hari kemerdekaan, akan berkuat kuasa sehingga Ahad ini. – AFP

    Polis Israel mengawal di kawasan serangan di bandar Elad, Israel pada 5 Mei 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...