Tuesday, May 7, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    West Ham dapatkan Areola secara perpindahan tetap

    LONDON, 28 JUN – West Ham telah menandatangani penjaga gol Perancis, Alphonse Areola dari Paris Saint-Germain dengan perjanjian yang dilaporkan bernilai AS$9.5 juta berikutan dengan perpindahan pinjamannya di kelab Liga Perdana, kelmarin.

    Areola bersetuju menandatangani perjanjian selama lima tahun bersama The Hammers dan akan bersaing dengan Lukasz Fabianski untuk merebut kedudukan penjaga gol utama di Stadium London.

    Pemain berusia 29 tahun itu berkata, “Saya berasa hebat, gembira dapat menandatangani kontrak dan gembira untuk berada di sini secara tetap serta tidak sabar untuk memulakan latihan sekali gus beraksi.

    “Perkara utama yang saya rasakan adalah sokongan daripada penyokong musim lalu. Ia adalah sesuatu yang penting bagi saya untuk merasakan diri saya disayangi,” katanya.

    “Saya tahu bahawa saya perlu melakukan tugas dan memberikan segala-galanya untuk membuat mereka gembira, dan setentunya kepada pasukan. Suasana pada musim lalu adalah yang terbaik, jadi saya ingin melakukan segala-galanya untuk kekal di sini,” tambahnya lagi.

    Ketua kelab West Ham, David Moyes berasa gembira kerana mendapatkan Areola semula ke dalam kelab.

    “Alphonese telah memberikan sumbangan yang besar kepada kelab semasa dipinjamkan musim lalu. Prestasinya telah membuktikan kenapa kami melihatnya sebagai seorang penjaga gol terbaik,” katanya.

    “Dia membuktikan kualiti dan pengalamannya bermain di peringat tertinggi, di kedua-dua perlawanan domestik dan antarabangsa,” tambah Moyes. – AFP

    Gambar fail menunjukkan Alphonese Areola (tengah) semasa menjalani latihan bersama penjaga gol lainnya. – Gambar fail AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Ketua IAEA bimbang aktiviti nuklear semakin meningkat

    TEHRAN, 6 MEI - Ketua badan pemantau atom PBB, Rafael Grossi tiba di Iran hari ini, di mana beliau dijangka berucap pada persidangan dan...