Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    JCHS alu-alukan 54 pelajar pertama

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 OKT – Kolej sains kesihatan swasta pertama di Negara Brunei Darussalam, Kolej Sains Kesihatan JPMC (JCHS) telah mengalukan-alukan 54 pelajar pengambilan pertamanya hari ini.

    Perasmian kolej yang ditubuhkan oleh Jerudong Park Medical Centre (JPMC) dengan kerjasama Far Eastern University (FEU) itu berlangsung di Mahligai Block 2B Jalan Ong Sum Ping di ibu negara.

    Ia telah disempurnakan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Syarikat JPMC.

    Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan dalam ucapan perasmiannya berkata, “Penjagaan kesihatan amat unik dalam erti kata ia sentiasa berubah dan salah satu perkara yang telah dipelajari daripada pandemik baru-baru ini adalah kita perlu dinamik.”

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan dan Yang Berhormat Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua semasa bergambar ramai.
    Majlis meraikan pengambilan pertama di kolej itu telah diadakan di Jalan Ong Sum Ping.

    Beliau berharap, dengan adanya pasukan pensyarah yang sedia ada, institusi itu akan dapat membantu pelajar mencapai kualiti profesional kesihatan dan memberi kemahiran dalam dunia sebenar.

    “Menjadi visi saya, bahawa graduan daripada JCHS bukan sahaja menjadi sebahagian daripada sistem penjagaan kesihatan tempatan tetapi juga di peringkat antarabangsa,” ujarnya.

    Manakala itu, Dekan JCHS, Dr Rachelle Garcia dalam ucapan alu-aluannya antara lain mengongsikan penubuhan kolej itu adalah untuk memudahkan pembelajaran dan pertumbuhan profesional.

    Selain itu, objektifnya untuk membangun generasi jururawat baharu yang tabah, cemerlang, berorientasikan penyelidikan, dan penuh belas kasihan yang seterusnya akan meningkatkan kesihatan dan kualiti hidup individu, keluarga dan komuniti.

    Di tengah-tengah pendigitalan dan perindustrian, tambah beliau, para pelajar akan menjadi pemimpin masa depan yang akan menyumbang kepada pembentukan semula penjagaan kesihatan di seluruh dunia.

    Beliau seterusnya mengongsikan, modaliti pembelajaran gabungan yang inovatif membolehkan pelajar menumpukan dan melibatkan diri dalam pembelajaran dan dengan lebih fleksibiliti dalam menguruskan kehidupan di luar kolej.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...