Thursday, March 23, 2023
22.4 C
Brunei

-

Jemaah tadarus Masjid Kg Sg Besar khatam Al-Quran

OIeh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JUN – Dalam usaha untuk terus mengimarahkan masjid, jemaah Masjid Kampung Sungai Besar mengamalkan tadarus Al-Quran setiap kali selepas sembahyang fardu Subuh secara berjemaah.

Sebagai tanda kesyukuran mereka telah melaksanakan salah tuntutan agama berkenaan, majlis khatam Al-Quran telah diadakan di masjid berkenaan yang disertai oleh 11 orang jemaah masjid termasuk Penasihat Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Sungai Besar, Haji Mohiddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

Setiausaha Takmir Masjid Kampung Sungai Besar, Awang Zaini bin Awang Damit berkata, Al-Quran merupakan kitab suci yang menjadi petunjuk dan panduan dalam kehidupan serta mengandungi hikmah-hikmah yang sangat besar dan luar biasa.

Beliau melahirkan rasa keyakinan dengan membaca Al-Quran juga menjadi salah satu cara meningkatkan kekuatan ‘vaksin ketuhanan’ bagi membendung penularan COVID-19 di negara ini.

Antara jemaah masjid yang menyertai majlis yang diadakan di Masjid Kampung Sungai Besar baru-baru ini. – Gambar serahan Masjid Kampung Sungai Besar
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun perlu lupakan sejarah lampau

SEOUL, 21 MAC - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol hari ini berkata hubungan dua hala antara Korea Selatan dan Jepun perlu bergerak ke...
- Advertisment -