Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Jepun bakal anjur mesyuarat Menteri-menteri Luar G7

    TOKYO, 30 OGOS – Mesyuarat Menteri-menteri Luar Kumpulan Tujuh (G7) mungkin diadakan di bandar peranginan Karuizawa, di wilayah Nagano, Jepun lapor Sputnik.

    Menurut agensi berita Kyodo yang memetik sumber kerajaan, Menteri-menteri Luar Negara G7 dijangka bertemu pada April 2023, manakala menteri kewangan dan gabenor bank pusat kumpulan itu akan bermesyuarat pada Mei tahun depan.

    Rundingan menteri kewangan dirancang diadakan di Niigata.

    Kerajaan Jepun masih belum memuktamadkan rancangan itu, lapor agensi berita itu.

    Menteri Luar Jepun Yoshimasa Hayashi mengesahkan bahawa mesyuarat Menteri-menteri Luar G7 akan berlangsung di Karuizawa, dan Menteri Kewangan Shunichi Suzuki pula mengesahkan bahawa Niigata akan menjadi tempat pertemuan para menteri kewangan dan pengerusi bank pusat.

    Jepun, yang menjadi pengerusi platform pelbagai hala G7 tahun depan, merancang untuk mengadakan sidang kemuncak kumpulan itu di Hiroshima dari 19-21 Mei 2023. – Bernama

    Gambar bertarikh 11 Disember 2021 menunjukkan Menteri-menteri Luar G7 bergambar ramai semasa pertemuan di Liverpool.- AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...