Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Jepun sahkan kes pertama XE

    TOKYO, 12 APRIL – Jepun mengesahkan kes pertama varian Omicron XE melibatkan seorang wanita yang tiba di lapangan terbang Narita, Tokyo pada 26 Mac, menurut agensi berita Kyodo.

    Wanita berusia 30an itu tinggal di Amerika Syarikat dan tidak menunjukkan sebarang gejala ketika tiba di lapangan terbang, menurut Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan kelmarin, tanpa menyatakan kewarganegaraannya.

    Sebelum ini, wanita itu sudah menerima dua suntikan vaksin Pfizer Inc., tetapi disahkan positif varian itu ketika menjalani ujian saringan di lapangan terbang.

    Wanita itu kemudiannya menerima rawatan di pusat kesihatan sebelum dibenarkan keluar setelah tempoh kuarantin tamat. Strain XE merupakan gabungan subvarian BA.1 dan BA.2 Omicron.

    Menurut laporan, kadar kebolehjangkitannya 12.6 peratus lebih cepat berbanding BA.2, meskipun butiran lanjut mengenai varian baharu itu belum diketahui. Kira-kira 1,100 kes varian XE direkodkan di Britain setakat 5 April, menyumbang kurang satu peratus jangkitan di negara itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...