Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Jin Wei gembira kembali beraksi di kejohanan Super 1000

    KUALA LUMPUR, 11 JAN – Pemain perseorangan profesional wanita Malaysia, Goh Jin Wei gembira dapat kembali bersaing dengan pemain terbaik dunia dalam kejohanan peringkat Super 1000, selepas kali terakhir beraksi pada 2018.

    Pemain berusia 22 tahun yang menghuni ranking ke-33 dunia itu berkata tidak rugi berdepan pemain di ranking atas pada Terbuka Malaysia kali ini, justeru, beliau mahu memberikan yang terbaik di hadapan penyokong tempatan di Axiata Arena di sini.

    “Saya menikmati kepantasan permainan walaupun pada awal pagi. Kali terakhir saya tidak bermain sudah hampir setahun (kerana pembedahan) dan hanya menyertai kejohanan kecil dan di Eropah kurang perhatian, jauh berbeza (di negara sendiri).

    “Memang sukar untuk kalahkan mereka (pemain 10 terbaik dunia), mereka sangat konsisten dan itu yang saya sasarkan, untuk jadi konsisten,” katanya.

    Pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 itu menewaskan wakil Jerman Yvonne Li 21-11, 21-18 dalam 39 minit perlawanan.

    Jin Wei yang mara ke pusingan kedua esok, akan berdepan lawannya dari Korea Selatan An Se Young yang mengenepikan wakil India Malvika Bansod 21-9, 21-13.

    Pada Oktober 2019, Jin Wei menjalani pembedahan kolektomi, prosedur untuk membuang semua atau sebahagian daripada usus. – Bernama

    Aksi Goh Jin Wei pada Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia 2023 di Axiata Arena hari ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...