Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Jin Wei kemuka rayuan kepada BAM

    KUALA LUMPUR, 26 JAN – Bekas juara remaja dunia, Goh Jin Wei mengikuti jejak pemain perseorangan lelaki utama Malaysia, Lee Zii Jia mengemukakan rayuan kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berikutan penggantungan selama dua tahun ke atasnya.

    Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh berkata pemenang pingat emas Sukan Olimpik Remaja Dunia 2018 menghantar surat rayuan berkenaan melalui e-mel semalam.

    “Kami baru sahaja menerima surat rayuan daripadanya semalam. Oleh itu, kita akan melalui proses yang diperlukan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Jin Wei, mengumumkan persaraan dan keluar dari BAM pada September tahun lepas sebelum bergerak sebagai pemain profesional, digantung daripada beraksi di mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun yang berkuat kuasa pada 31 Oktober 2021.

    Pada Isnin lalu, Zii Jia mengemukakan surat rayuan berhubung penggantungan selama dua tahun oleh BAM berikutan tindakannya meninggalkan badan induk sukan itu.

    Semalam, kedua-dua pihak mengadakan pertemuan berhubung rayuan dikemukakan yang membawa kepada keputusan yang baik.

    Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria memberi restu kepada Zii Jia untuk menjadi pemain profesional.

    “Saya gembira kami dapat selesaikan isu ini dengan BAM selepas mendapat restu Tan Sri untuk menjadi pemain profesional,” kata Zii Jia melalui hantaran di laman Facebook semalam. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...