Saturday, September 30, 2023
23.3 C
Brunei

    -

    Jisoo gemar amalkan mandi separuh badan

    Bintang kpop Jisoo Blackpink mendedahkan sikap pelik gemar mandi dengan membersihkan separuh bahagian badannya.

    Jisoo mendedahkan dia hanya mencuci bahagian dari paras pinggang ke bawah setiap lima ke enam kali dalam seminggu.

    “Saya hanya mandi dan mencuci bahagian bawah badan setiap lima hingga enam kali dalam seminggu,” katanya.

    Perkara itu dikongsi Jisoo menerusi temu bual bersama majalah Marie Calrie Korea ketika ditanya mengenai rahsia yang tidak diketahui peminat.

    Bagaimanapun, apa yang dimaksudkan penyanyi itu bukanlah tidak mencuci bahagian atas badannya.

    Sebaliknya, Jisoo gemar merendam separuh badan dalam air yang telah dicampur minyak terapi dan juga garam laut. – Agensi

    Jisoo Blackpink dedah sikap pelik, gemar mandi hanya separuh badan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Singa baham tuan

    TOKYO, 29 SEPT – Seorang penjaga zoo di taman safari Jepun terbunuh selepas seekor singa dipercayai menyerangnya ketika dia cuba membawa haiwan itu masuk...