Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Johnny Depp lancar album

    Selepas menang kes saman fitnah terhadap bekas isteri, Amber Heard, 36, bulan lalu, aktor Hollywood, Johnny Depp, 59, terus menarik perhatian peminat.

    Terbaharu, bintang Pirates of the Caribbean ini melancarkan album bersama pemuzik rock, Jeff Beck, projek yang memperlihatkan sisi muzikal dan ciri versatil dimiliki aktor kontroversi ini.

    Album berjudul 18 yang mengandungi 13 lagu, menyaksikan Depp menyanyi dan bermain gitar dengan kebanyakan trek adalah rakaman semula atau saduran karya malar segar pilihan, lapor AFP.

    Antara lagu itu adalah What’s Going On dendangan Marvin Gaye, Isolation (John Lennon) dan dendangan klasik, Venus In Furs yang dipopularkan kumpulan rock legenda, Velvet Underground.

    Paling menarik, album 18 turut menyaksikan kemampuan Depp mencipta lagu apabila dua karyanya turut diselitkan, menonjolkan bakat pelakon handalan itu sebagai bintang rock.

    Bulan lalu, selepas enam minggu perbicaraan kes saman fitnah Depp terhadap Heard, juri yang bersidang Mahkamah Circuit di Fairfax Country di Virginia, Amerika Syarikat (AS), memutuskan pelakon itu dibayar ganti rugi AS$15 juta (RM65.7 juta).

    Juri memutuskan Depp dibayar AS$10 juta (RM43.8 juta) dalam bentuk ganti rugi pampasan dan AS$5 juta (RM21.9 juta) dalam bentuk ganti rugi punitif, lapor NBC News.

    Juri juga membuat keputusan Heard dibayar ganti rugi pampasan sebanyak AS$2 juta (RM8.7 juta), dalam perbicaraan penuh kontroversi yang membabitkan pelbagai saksi dan bintang terkenal Hollywood itu. – AFP

    Depp kini melancarkan album bersama pemuzik rock, Jeff Beck. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...