Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    JPM bantu ringan beban 25 keluarga

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 APRIL – Demi membantu meringankan bebanan insan yang memerlukan lebih-lebih lagi dalam membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah melaksanakan aktiviti amal menghulurkan sumbangan kepada keluarga-keluarga yang dikenal pasti di Daerah Temburong dan Daerah Brunei dan Muara.

    Hadir menyempurnakan penyam-paian sumbangan berkenaan ialah Menteri di JPM, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud.

    Pada tahun ini, sebanyak 25 buah keluarga telah dikenal pasti untuk menerima sumbangan dari keempat-empat buah daerah, yang mana sumbangan bertujuan mewujudkan keceriaan kepada mereka dalam menjalankan ibadah puasa dan menyambut kedatangan bulan Syawal nanti.

    Dengan adanya aktiviti amal sedemikian, ia merupakan salah satu usaha untuk menyemai amalan berbagi rezeki demi meraih keredaan Allah SWT dalam kehidupan dunia dan akhirat.

    Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyampaikan sumbangan kepada salah sebuah keluarga telah dikenal pasti. – Gambar serahan JPM
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...